Make your own free website on Tripod.com
Puding Lemak Bersemi

 
Bahan-bahan:
  • 3 peket serbuk puding kelapa SERI NONA
  • 1 tin isi kelapa madu laut
  • 4 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit pewarna (jika suka)
Cara membuat:
  1. Masukkan ketiga-tiga serbuk puding ke dalam mangkuk dan campurkan dengan 4 cawan air.
  2. Kacau hingga rata. Kemudian tuangkan pula 2 cawan santan pekat. Kacau lagi dan tuangkan kesemua bahan ke dalam periuk dan jerang di atas api yang perlahan sehingga ia mendidih.
  3. Sediakan bekas dan tuangkan isi kelapa madu laut tanpa ambil jusnya. Tuangkan puding ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan beku. Jika inginkan warna, bolehlah dititiskan pewarna. Bila hendak dihidangkan bolehlah diambil lebih jus kelapa madu laut ataupun hias isi kelapa di sekeliling puding tadi.
  4. Kandungan puding SERI NONA pula sudah dimasukkan gula. Oleh itu jangan bubuhkan lagi gula ketika memasakkannya.

 
 Index
 Resipi 1  Resipi 3  Resipi 4