Make your own free website on Tripod.com
Pei Par Tofu


Bahan-bahan:
  • 1 kotak tofu lembik
  • 200 gm pes ikan, pes udang atau isi ayam kisar
  • 3 biji besar cincangan sengkuang cina
  • 1 sudu besar cincangan daun ketumbar
  • 2 biji telur yang dipukul ringan dengan garpu
  • 2 sudu besar cincangan lobak merah
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 20 sudu porselin yang telah digri0s


Bahan Sos Celupan:

  • 2 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu besar cincangan cili merah
  • 3 tangkai cili padi}dicincang
  • 3 ulas bawang merah}dicincang
  • 3 ulas bawang putih}dicincang
  • 3 keping leek jeruk
  • 1 sudu besar kuah ikan (fish gravy)
  • 2 sudu besar sos cili thailand
  • 1 sudu besar gula
  • minyak untuk menggoreng terendam
Bahan Bater:
  • 3 sudu besar tepung goreng cook's
  • 4 sudu besar air
  • 1 sudu besar minyak
Cara membuatnya:
  1. Dalam sebuah mangkuk mengadun hancurkan tofu lembik dan campurkan dengan bahan utama yang lain.
  2. Isikan dalam sudu bergris minyak. Letak dalam kuali yang sesuai untuk mengukus. Kukus hingga masak selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. Bancuh bahan bater hingga sebati, panaskan minyak untuk menggoreng terendam, celup tofu kukus dalam bater dan goreng hingga kuning keemasan.

  4. Satukan semua bahan sos celup dan kacau hinggga rata. Hidangkan dengan pei par tofu.
     
     
     
     


 
 
 Index
 Resipi 1  Resipi 2  Resipi 4