Fungsi LPPKN


Antara kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN ialah :-

  1. Membentuk polisi-polisi dan cara bagi memaju dan menyebarkan pengetahuan dan amalan mengenai penduduk dan pembangunan keluarga atas alasan kesihatan ibu dan kanak-kanak serta kebajikan keluarga.

  2. Merancang, mengarah, mentadbir dan menyelaras kegiatan-kegiatan mengenai penduduk dan pembangunan keluarga dalam negara.

  3. Melatih semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja pengembangan berhubung dengan penduduk dan pembangunan keluarga.

  4. Menjalankan penyelidikan mengenai cara perubatan dan biologi berhubung dengan penduduk dan pembangunan keluarga.

  5. Memajukan usaha menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai hubungan di antara perubahan sosial, kebudayaan, ekonomi dan penduduk dan juga penyelidikan berkenaan dengan corak kesuburan dan kelahiran dalam negara.

  6. Mewujudkan satu sistem penilaian yang boleh digunakan bagi menilai dari semasa ke semasa keberkesanan dan kemajuan rancangan ke arah pencapaian objektif-objektif negara ; dan

  7. Melantik mana-mana pegawai sebagaimana yang perlu atas apa-apa syarat yang diluluskan oleh menteri bagi melaksanakan kuasa, fungsi dan tugas lembaga.

[LPPKN][Latar Belakang] [Objektif LPPKN][Strategi LPPKN]

Link

[Jabatan Kebajikan Masyarakat]

[Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat]

[Jabatan Perpaduan Negara]

[Jabatan Hal Ehwal Wanita]


[E-Mail]


Internet Explorer