Make your own free website on Tripod.com

Latar Belakang LPPKN


Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ditubuhkan di bawah Akta Perancang Keluarga No.42, 1966 dengan nama Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN) dengan statusnya sebagai sebuah Badan Berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri .

Akta tersebut kemudiannya telah dipinda pada tahun 1984 dan nama organisasi telah ditukar kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Pada bulan Oktober 1990, LPPKN dipindahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) dan diletakkan dibawah penguasaan dan tanggungjawab Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Akta kependudukan dan Pembangunan Keluarga No.42, 1966 (disemak 1988) telah memperuntukkan kuasa, fungsi dan tanggungjawab kepada LPPKN sebagai agensi perancang, penyelaras dan pelaksana program-program Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara dalam negara.


[LPPKN][Objektif LPPKN] [Fungsi LPPKN][Strategi LPPKN]

Link

[Jabatan Kebajikan Masyarakat]

[Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat]

[Jabatan Perpaduan Negara]

[Jabatan Hal Ehwal Wanita]


[E-Mail]


Internet Explorer