Make your own free website on Tripod.com

Strategi LPPKN


Antara strategi yang dijalankan oleh LPPKN ialah :

  1. Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pendidikan serta promosi dan penyebaran maklumat mengenai kependudukan, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif.

  2. Membangun dan meningkatkan latihan kumpulan jurulatih di kalangan agensi pelaksana program kependudukan, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif

  3. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan di peringkat negeri , kebangsaan dan antarabangsa menerusi program TCDC (Technical Cooperation Among Developing Countries)

  4. Membangunkan sumber tenaga manusia dalam aspek penyelidikan dan pembangunan,latihan dan khidmat perundingan, komunikasi dan pemasaran serta pengurusan program.

  5. Mempertingkatkan sistem pengkomputeran di peringkat ibu pejabat dan negeri melalui pewujudan " local area network " dan " wide area network " serta pewujudan sistem maklumat bergeografi (geographical information system) dan pemetaan maklumat (information mapping).

    Untuk menjayakan strategi-strategi tersebut, ia telah diterjemahkan ke dalam program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah enam bahagian iaitu Bahagian Pusat Kajian Kependudukan; Bahagian Latihan, Bahagian Penerangan, Pendidikan dan Perhubungan;Bahagian Perancangan dan Penyelarasan; Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Perbekalan; Bahagian Pusat Kepakaran dan Reproduktif Manusia.


[LPPKN][Latar Belakang] [Objektif LPPKN][Fungsi LPPKN]

Link

[Jabatan Kebajikan Masyarakat]

[Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat]

[Jabatan Perpaduan Negara]

[Jabatan Hal Ehwal Wanita]


[E-Mail]


Internet Explorer