Make your own free website on Tripod.com
Kek Lapis
      Bahan - bahan: 
  • 150gm tepung
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur 
  • 22 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 150gm susu pekat manis
  • 500gm mentega
  • 1/2 sudu besar rempah kuih
Cara membuat:
  1. Pukul mentega, susu pekat manis hingga putih, masukkan rempah kuih. Pukul lagi hingga rata ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul pula putih telur dan serbuk penaik sebentar, masukkan gula sedikit sambil dipukul hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga adunan pekat.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit jangan lupa mengacaunya hingga sebati.
  5. Bakar adunan sesenduk menggunakan gril dalam acuan 18cm X 25cm X 8cm yang beralas kertas dan disapu mentega di dasarnya. Setelah semua adunan habis, buka ketuhar biasa dan bakar selama 5 minit.

  6.