1. MUKADIMAH

Projek Derma Darah Kebangsaan ( National Blood Donation ) ini merupakan salah satu projek terbesar yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Kelima , Universiti Malaya, dengan melibatkan negeri-negeri di semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, ipoh, Johor Bahru dan Melaka . Selain Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya sendiri sebagai lokasi utama projek ini.

Objektif projek ini adalah untuk membantu menangani masalah kekurangan darah di Tabung Darah Negara dan juga Tabung Darah bagi hospital-hospital di negeri terpilih. Atas rasa bertanggungjawab dan sifat penyayang kepada ahli-ahli masyarakat yang kurang bernasib baik telah mendorong mahasiswa-mahasiswi dari kolej Kediaman Kelima untuk menganjurkan projek kebajikanseumpama ini. Ia diharapkan dapat membantu masyarakat yang memerlukan bekalan darah. Disamping ini, projek ini juga menanam nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa-mahasiswi dengan cara melatih mereka untuk saling bantu-membantu dan sentiasa prihatian terhadap orang yang memerlukan darah.

Selain itu, projek ini juga menggalakkan interaksi anatara mahasiswa-mahasiswi dengan masyarakat luar tanpa mengira kaum, agama, dan bangsa.