2.MATLAMAT
  1. Untuk menangani masalah kekurangan darah di Tabung Darah Negara.
  2. Untuk merapatkan hubungan di antara mahasiswa dengan masyarakat luar di samping dapat melihat masalah kesihatan yang dihadapi di negara kita sekarang.
  3. Memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di antara para mahasiswa di Universiti Malaya dengan masyarakat luar.
  4. Menanamkan semangat cintakan kesihatan diri dan kepentingan hidup sejagat.
  5. Mempertingkatkan interaksi dan memupuk persahabatan di kalangan mahasiswa tanpa mengira agama dan bangsa kearah mewujudkan integrasi masyarakat.
  6. Menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukannya untuk mengatasi masalah kesihatan.
  7. Memberi satu pengetahuan yang lebih jelas kepada masyarakat tentang kebaikan menderma darah.
  8. Menghapuskan fikiran salah faham masyarakat terhadap penderma dan penerima universal.