Make your own free website on Tripod.com

PELAN INDUK NBD 1998

Projek Derma Darah Kebangsaan'98 (NBD)


Bidang Kuasa ahli Jawatankuasa Dan Perancangan Projek

Pengarah

  • Menghubungi profesion di luar kampus untuk mendapatkan nasihat. Menyelaraskan semua bahagian
  • Membuat keputusan sekiranya sesuatu masalah tidak dapat ditentukan dalam mesyuarat. Berurusan dengan master dan HEP. Berurusan dengan penaung dan penganjur bersama.

Timbalan Pengarah

  • Menjaga displin AJK. Memastikan setiap AJK termasuk CC yang tidak hadir ke mesyuarat memberi alasan yang munasabah secara bertulis. Membantu Pengarah dalam urusan dengan Penaung dan Pengajur Bersama.

Setiausaha I

Berurusan dengan pihak luar. Menyediakan surat kepada Penaung. Menyedikan surat kepada Penasihat. Menyediakan surat kepada Penganjur Bersama. Menyediakan surat kepada NC. Jemputan Penaung ke Majlis Perasmian. Jemputan akhbar ke Majlis Perasmian. Jemputan pihak,persatuan sebagai peserta.

Setiausaha II

  • Menyediakan senarai biodata AJK. Menyediakan minit mesyuarat. Mengedarkan notis mesyuarat. Menempah bilik gerakan. Menempah bilik persidangan dan bilik penyelia. Menyediakan borang pengambilan AJK.

Bendahari

  • Menyediakan penyata kewangan projek. Menguruskan segala aliran masuk/keluar sumber kewangan. Menyediakan 'claim form'.

Pengarah Tajaan

  • Berhubung dengan pihak swasta untuk tajaan. Menyediakan surat untuk memungut derma. Dapatkan penaja utama dan penaja bersama. Menyediakan kad derma dan semua borang berkenaan dengan pungutan derma. Cuba mencapai ke tahap sumber kewangan yang dirancangkan. Menyusun semua perjalanan keluar untuk mendapatkan tajaan. Mendapatkan tajaan untuk penginapan dan minuman.

Pengarah Cenderamata

  • Mendrafkan rangka buku cenderamata. Menyediakan isi kandungan untuk buku cenderamata. Mendapatkan beberapa sebut harga untuk percetakan buku cenderamata daripada pencetak-pencetak yang berlainan. Menyediakan cenderamata untuk Penaung. Menyediakan tag nama untuk AJK. Menyediakan rantai kunci kepada para peserta. Menyediakan Sijil Penghargaan ( CC,AJK, dan badan peserta )

Pengarah Publisiti

  • Menyediakan banner dan poster untuk publisiti. Mereka logo projek. Mereka T-shirt dan mencari kilang pencetak T-shirt untuk mendapatkan beberapa sebut harga. Mencari Press Sponsor ( tanya untuk sponsor banner) Menjalankan Press Conference. Berhubung dengan pihak RADIO dan TV untuk publisiti. Sentiasa berhubung dengan pihak Pengan

Pengarah Teknikal

  • Mendapatkan kebenaran untuk mengantung banner di gate KK5 daripada master. Memohon perletakan papan tanda daripada Pejabat Keselamatan Universiti Malaya. Berurusan dengan Pejabat Keselamatan pada Majlis Perasmian. Bertanggungjawab sebagai jurucamera rasmi sepanjang Projek. Menyediakan P.A sistem semasa sepanjang Projek. Sentiasa berhubung dengan pihak berkenaan untuk penyewaan tapak. (Keep follow-up) Pengangkutan dan tiket bas. Mereka 'back-drop'untuk majlis perasmian di DTC. Sentiasa memastikan keperluan yang diperlukan untuk setiap hospital.

Pengarah Aturcara dan Upacara

  • Menyediakan aturcara sepanjang projek. Menyediakan senarai jemputan, surat jemputan dan kad jemputan kepada para jemputan untuk Majlis Perasmian. Menjemput pasukan kompang dan menyediakan bunga mangga untuk Majlis Perasmian. Melantik pengacara bagi setiap majlis. Menyediakan kaunter pendaftaran semasa projek. Menyediakan protokol perasmian yang bersistematik. Merancangkan proses derma darah yang berlangsung di DTC. Melukis pelan dan menyediakan ruang tempat di DTC bagi pembahagian hospital. Menyediakan minuman untuk penderma darah.

Pengarah Bahagian Peserta

  • Memastikan bilangan penderma darah yang dijemput ke UM dan setiap negeri. Mengaturkan jadual waktu bagi setiap persatuan yang dijemput sebagai penderma darah. Memastikan pengangkutan yang diperlukan bagi peserta jemputan. Memastikan bilangan peserta jemputan yang akan hadir.

Pengarah Perhubungan Awam

  • Sentiasa berhubung dengan ketua cawangan negeri tersebut untuk mencari tempat bagi menjalankan hari derma darah . Memastikan sewa tapak bagi setiap negeri. Cuba dapatkan peta negeri masing-masing. Mendapatkan keluasan bagi tapak yang akan digunakan, sentiasa berhubung dengan pengarah bahagian hospital.

Pengarah Bahagian Hospital

  • Sentiasa berhubung dengan hospital setiap negeri dan menulis surat untuk memberitahu mereka berkenaan projek ini. Dapatkan maklumat berkenaan dengan makanan dan minuman bagi penderma darah. Tentukan sama ada pihak hospital yang sediakan atau kita yang sediakan. Memastikan betul-betul tarikh, masa, tempat bagi projek ini dengan pihak hospital. Dapatkan bilangan kakitangan hospital dan jumlah katil yang akan dihantarkan. Menentukan keperluan yang dikehendaki oleh pihak hospital dan sentiasa berhubung dengan bahagian teknikal berkenaan perkara ini.