Helo!
Selamat Datang ke halaman
Tentang diri saya

Nama saya Lai Cheah Yee. Saya berusia 22 tahun.
Saya pelajar Pengajian Media tahap pertengahan di Universiti Malaya.
Kemahiran mereka halaman web ini saya belajar dari khusus ko-kurikulum
webmastering yang ditawarkan oleh seksyen ko-kurikulum Universiti Malaya.

Secara fizikalnya, saya mempunyai ketinggian sebanyak 169cm dan berat badan
sebanyak 51kg. Saya menyimpan rambut pendek seperti dalam gambar di atas.

Hobi saya ialah menyanyi dan tidur.
Saya suka makan buah-buahan dan kek.
Warna kegemaran saya ialah putih, biru, dan warna-warna muda yang lain.

Saya suka bergaul dengan orang lain dengan syarat orang tersebut ikhlas
kepada saya. Saya tidak suka orang yang berpura-pura berbaik dengan saya dan
kemudiannya memburukkan nama saya di belakang saya.Saya seorang
perempuan yang bersifat terus terang dan tidak suka berpura-pura.

Saya mempunyai beberapa kumpulan rakan baik yang berbeza, ada yang dari
sekolah rendah, ada yang dari sekolah menengah, ada yang merupakan rakan
sekerja semasa saya bekerja sambilan semasa SPM dan STPM, dan ada juga
yang dalam kampus.

Saya menyertai banyak aktiviti persatuan sejak sekolah menengah lagi,
begitu juga sekarang. Saya berharap dapat menikmati keseronokan kehidupan
kampus dengan sepuas-puasnya sebelum menjejak kaki ke dalam dunia luar.




Halaman utama
Keluarga saya
Diari tahunan saya
Emel saya