Keluarga saya

Keluarga saya mempunyai 5 orang. Iaitu baba, mama, dua orang abang,
dan saya. Kami sekeluarga tinggal bersama di Taman Sri Gombak.


Baba saya bernama Lai Ah Ha @ Lai Wah Meng. Beliau merupakan seorang
berkas perajurit dari TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia). Beliau
berumur 52 tahun dan kini merupakan seorang juru elektronik. Baba saya
sangat rajin bekerja, walaupun kehidupan kita agak susah pada suatu ketika
dahulu beliau tidak pernah berputus asa.Beliau mengetahui kepentingan ilmu
pengetahuan, dengan itu baba selalu mementingkan pelajaran kami sejak kecil
lagi. Beliau sering mengingatkan kami bahawa "Biar miskin harta, jangan
miskin ilmu."


Mama saya bernama Wong Sem Mooi @ Won Sem Mooi. Beliau merupakan
seorang tukang jahit yang handal. Beliau mahir menjahit baju tradisional Melayu,
beliau mempunyai ramai pelanggan. Mama saya berusia 50 tahun. Mama saya
seorang wanita yang sedia berkorban untuk suami dan anak. Beliau sungguh
sayang kepada kami. Mama saya suka memasak dan membaca buku, walaupun
beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi tetapi beliau rajin belajar daripada anak-anaknya.Beliau selalu mengingatkan kami bahawa "Belajar hingga saat-saat terakhir"


Abang sulung saya bernama Lai Wei Keong. Dia seorang pembantu pengurus
di sebuah syarikat Jepun. Abang saya berumur 28 tahun. Dia mendapat ijazah
Pengerusan Perniagaannya dari Ottawa University pada tahun 1996. Abang saya
ini sungguh berdikari dan dia telah menjadi teladan baik saya. Dia bekerja
selepas STPM dan kemudiaannya berjaya mengumpul wang yang secukupnya
untuk pembiayaan pembelajarannya di Amerika Syarikat. Dengan itu dia telah
berjaya meringankan beban baba dan mama serta mencapai impiannya untuk
menjadi seorang mahasiswa berijazah. Beliau juga selalu mengingatkan bahawa
"Nasib ditentukan oleh kita sendiri dan bukan yang telah diaturkan."


Abang bongsu saya bernama Lai Wei Keat. Dia merupakan seorang jurutera
komputer yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat komputer Jepun juga.
Dia berumur 27 tahun. Dia mendapat ijazah Sains Komputernya dari University
of Campbell pada tahun 1997. Abang saya ini sungguh berjaya dalam menjalin
hubungan baik antara rakan, guru, rakan sekerja, bos, serta ahli keluarga.
Dia merupakan seorang public speaker yang baik, dan sungguh berkeyakinan
dalam segala pengurusan. Dia menasihatkan saya bahawa "Menguasai Teknik
berkomunikasi dengan orang lain yang baik menjamin kejayaan anda pada masa akan datang.

Halaman Utama
Tentang diri saya
Diari tahunan saya
Emel saya