< br>Dalam dunia yang seba modae ini,manusia sibuk mengejar kemewahan dunia
sehingga mengabaikan beberapa tanggungjawab yang dianugerahkan kepada manusia

Akibat daripada kecuaian dan sikap tamak manusia,flora dan fauna menghadapi ancaman kepupusan.
 GAJAH 
merupakan antara haiwan yang tersenarai dalam terancam.
Populasi haiwan ini semakin berkurangan dari masa ke masa kerana kekejaman manusia.

Haiwan ini diburu untuk mendapatkan gadingnya dan juga untuk mendapatkan anak gajah yang kemudiannya akan digunakan untuk melakukan kerja-kerja berat dan sebagainya.

 IKAN PAUS 
merupakan mamalia yang terbesar di laut mahupun darat. Haiwan ini diburu untuk mendapatkan minyaknya yang dikatakan dapat mengubati pelbagai penyakit.
 penyu 
merupakan antara tarikan utama pelancong asing ke negeri Terengganu di mana Rantau Abang merupakan tempat penyu-penyu datang bertelur.
Pengunjung-pengunjung ke tempat ini mengambil kesempatan dengan mencuri telur-telur penyu ini dan kemudiannya dijual kepada orang ramai. Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana penyu juga termasuk dalam kategori haiwan terlindung.
Harimau merupakan antara binatang yang sedang dianam oleh kepupusan. Selain daripada faktor pemusnahan hutan, kehidupan haiwan ini terancam kerana diburu oleh manusia. Dikatakan bahawa binatang ini mempunyai nilai-nilai perubatan dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaram.
Oleh itu, pemburuan terhadap binatang ini semakin berleluasa walaupun harimau termasuk dalam senarai binatang yang dilindung.
[TMNet]
[jaring]
[iq.com]
[halaman utama]