Antara kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN ialah :-
- Membentuk polisi-polisi dan cara bagi memaju dan menyebarkan pengetahuan dan
amalan mengenai penduduk dan pembangunan keluarga atas alasan kesihatan ibu dan
kanak-kanak serta kebajikan keluarga.
- Merancang, mengarah, mentadbir dan menyelaras kegiatan-kegiatan mengenai
penduduk dan pembangunan keluarga dalam negara.
- Melatih semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja
pengembangan berhubung dengan penduduk dan pembangunan keluarga.
- Menjalankan penyelidikan mengenai cara perubatan dan biologi berhubung dengan
penduduk dan pembangunan keluarga.
- Memajukan usaha menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai hubungan di
antara perubahan sosial, kebudayaan, ekonomi dan penduduk dan juga penyelidikan
berkenaan dengan corak kesuburan dan kelahiran dalam negara.
- Mewujudkan satu sistem penilaian yang boleh digunakan bagi menilai dari semasa
ke semasa keberkesanan dan kemajuan rancangan ke arah pencapaian objektif-objektif
negara ; dan
- Melantik mana-mana pegawai sebagaimana yang perlu atas apa-apa syarat yang
diluluskan oleh menteri bagi melaksanakan kuasa, fungsi dan tugas lembaga.
[LPPKN][Latar Belakang]
[Objektif LPPKN][Strategi LPPKN]
Link
[Jabatan Kebajikan Masyarakat]
[Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat]
[Jabatan Perpaduan Negara]
[Jabatan Hal Ehwal Wanita]

[E-Mail]

Internet Explorer