PELAN INDUK NBD 1998Projek Derma Darah Kebangsaan'98 (NBD)
Bidang Kuasa ahli Jawatankuasa Dan Perancangan ProjekPengarah
- Menghubungi profesion di luar kampus untuk mendapatkan nasihat. ¨ Menyelaraskan semua bahagian
- Membuat keputusan sekiranya sesuatu masalah tidak dapat ditentukan dalam mesyuarat. ¨ Berurusan dengan master dan HEP. ¨ Berurusan dengan penaung dan penganjur bersama.
Timbalan Pengarah
- Menjaga displin AJK. ¨ Memastikan setiap AJK termasuk CC yang tidak hadir ke mesyuarat memberi alasan yang munasabah secara bertulis. ¨ Membantu Pengarah dalam urusan dengan Penaung dan Pengajur Bersama.
Setiausaha I
Berurusan dengan pihak luar. ¨ Menyediakan surat kepada Penaung. ¨ Menyedikan surat kepada Penasihat. ¨ Menyediakan surat kepada Penganjur Bersama. ¨ Menyediakan surat kepada NC. ¨ Jemputan Penaung ke Majlis Perasmian. ¨ Jemputan akhbar ke Majlis Perasmian. Jemputan pihak,persatuan sebagai peserta.
Setiausaha II
- ¨ Menyediakan senarai biodata AJK. ¨ Menyediakan minit mesyuarat. ¨ Mengedarkan notis mesyuarat. ¨ Menempah bilik gerakan. ¨ Menempah bilik persidangan dan bilik penyelia. ¨ Menyediakan borang pengambilan AJK.
Bendahari
- ¨ Menyediakan penyata kewangan projek. ¨ Menguruskan segala aliran masuk/keluar sumber kewangan. ¨ Menyediakan 'claim form'.
Pengarah Tajaan
- ¨ Berhubung dengan pihak swasta untuk tajaan. ¨ Menyediakan surat untuk memungut derma. ¨ Dapatkan penaja utama dan penaja bersama. ¨ Menyediakan kad derma dan semua borang berkenaan dengan pungutan derma. ¨ Cuba mencapai ke tahap sumber kewangan yang dirancangkan. ¨ Menyusun semua perjalanan keluar untuk mendapatkan tajaan. ¨ Mendapatkan tajaan untuk penginapan dan minuman.
Pengarah Cenderamata
- Mendrafkan rangka buku cenderamata. ¨ Menyediakan isi kandungan untuk buku cenderamata. ¨ Mendapatkan beberapa sebut harga untuk percetakan buku cenderamata daripada pencetak-pencetak yang berlainan. ¨ Menyediakan cenderamata untuk Penaung. ¨ Menyediakan tag nama untuk AJK. ¨ Menyediakan rantai kunci kepada para peserta. ¨ Menyediakan Sijil Penghargaan ( CC,AJK, dan badan peserta )
Pengarah Publisiti
- Menyediakan banner dan poster untuk publisiti. ¨ Mereka logo projek. ¨ Mereka T-shirt dan mencari kilang pencetak T-shirt untuk mendapatkan beberapa sebut harga. ¨ Mencari Press Sponsor ( tanya untuk sponsor banner) ¨ Menjalankan Press Conference. ¨ Berhubung dengan pihak RADIO dan TV untuk publisiti. ¨ Sentiasa berhubung dengan pihak Pengan
Pengarah Teknikal
- Mendapatkan kebenaran untuk mengantung banner di gate KK5 daripada master. ¨ Memohon perletakan papan tanda daripada Pejabat Keselamatan Universiti Malaya. ¨ Berurusan dengan Pejabat Keselamatan pada Majlis Perasmian. ¨ Bertanggungjawab sebagai jurucamera rasmi sepanjang Projek. ¨ Menyediakan P.A sistem semasa sepanjang Projek. ¨ Sentiasa berhubung dengan pihak berkenaan untuk penyewaan tapak. (Keep follow-up) ¨ Pengangkutan dan tiket bas. ¨ Mereka 'back-drop'untuk majlis perasmian di DTC. ¨ Sentiasa memastikan keperluan yang diperlukan untuk setiap hospital.
Pengarah Aturcara dan Upacara
- Menyediakan aturcara sepanjang projek. ¨ Menyediakan senarai jemputan, surat jemputan dan kad jemputan kepada para jemputan untuk Majlis Perasmian. ¨ Menjemput pasukan kompang dan menyediakan bunga mangga untuk Majlis Perasmian. ¨ Melantik pengacara bagi setiap majlis. ¨ Menyediakan kaunter pendaftaran semasa projek. ¨ Menyediakan protokol perasmian yang bersistematik. ¨ Merancangkan proses derma darah yang berlangsung di DTC. ¨ Melukis pelan dan menyediakan ruang tempat di DTC bagi pembahagian hospital. ¨ Menyediakan minuman untuk penderma darah.
Pengarah Bahagian Peserta
- Memastikan bilangan penderma darah yang dijemput ke UM dan setiap negeri. ¨ Mengaturkan jadual waktu bagi setiap persatuan yang dijemput sebagai penderma darah. ¨ Memastikan pengangkutan yang diperlukan bagi peserta jemputan. ¨ Memastikan bilangan peserta jemputan yang akan hadir.
Pengarah Perhubungan Awam
- Sentiasa berhubung dengan ketua cawangan negeri tersebut untuk mencari tempat bagi menjalankan hari derma darah . ¨ Memastikan sewa tapak bagi setiap negeri. ¨ Cuba dapatkan peta negeri masing-masing. ¨ Mendapatkan keluasan bagi tapak yang akan digunakan, sentiasa berhubung dengan pengarah bahagian hospital.
Pengarah Bahagian Hospital
- Sentiasa berhubung dengan hospital setiap negeri dan menulis surat untuk memberitahu mereka berkenaan projek ini. ¨ Dapatkan maklumat berkenaan dengan makanan dan minuman bagi penderma darah. Tentukan sama ada pihak hospital yang sediakan atau kita yang sediakan. ¨ Memastikan betul-betul tarikh, masa, tempat bagi projek ini dengan pihak hospital. Dapatkan bilangan kakitangan hospital dan jumlah katil yang akan dihantarkan. ¨ Menentukan keperluan yang dikehendaki oleh pihak hospital dan sentiasa berhubung dengan bahagian teknikal berkenaan perkara ini.