Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kepupusan fauna. faktor utama ialah kegiatan manusia. Aktiviti seperti pembalakan dan pemusnahan hutan menyebabkan fauna kehilangan habitat semula jadi dan juga berlaku gangguan dalam rantaian makanan. Haiwan-haiwan ini akhirnya akan mati kelaparan atau dibunuh oleh manusia.
Faktor seterusnya ialah kerana kebakaran hutan. Kebakaran hutan mungkin disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan atau disebabkan oleh kecuaian manusia yang melakukan pembakaran terbuka.Contoh-contoh kebakaran hutan yang berlaku adalah seperti di Kalimantan,Indonesia danjuga di Australia.
Pencemaran alam merupakan satu lagi faktor yang menyebabkan kepupusan fauna Contohnya, pencemaran laut menyebabkan hidupan laut mengalami mutasi gen dan juga berlaku kemusnahan telur yang belum sempat menetas. Pencinta-pencinta alam sering menasihatkan supaya orang ramai tidak membuang styrofoam ke dalam laut. Ini adalah kerana ia tidak boleh terurai menyebabkan cebisan-cebisan styrofoam akan sentiasa berada dalam laut. Hidupan laut seperti penyu akan cuba memakannya kerana menganggap ia sebagai makanan Akibatnya, hidupan laut ini akan mati kerana Styrofoam ini akan tercekik di bahagian lehernya menyebabkan ia sukar bernafas
[TMNet]
[jaring]
[iq.com]
[h5]