PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK


PENGENALAN

Guru matematik menitik beratkan perkembangan seseorang murid dari segi kebolehan
1. Mental (kognitif)
2. Sikap, murid, penghargaan, nilai (efektif)
3. Kemahiran fizikal seperti mengendalikan alat-alat matematik serta melukis rajah geometri serta graf (psikomotor).


KOGNITIF

Bloom menghuraikan enam kategori objektif pendidikan yang disusun mengikut tatatingkat dari yang rendah kepada yang sukar, iaitu

1. PENGETAHUAN
Ia melibatkan pengingatan fakta yang rendah seperti formula, takrif, tatatanda, dan sebagainya.
2. PEMAHAMAN
Ia merujuk kepada kebolehan menggunakan idea-idea dengan cara yang biasa seperti kebolehan menterjemahkan bahan matematik berbahasa kepada kenyataan bersimbol dan sebaliknya
3. APLIKASI
Ia merujuk kepada penggunaan idea dan bahan situasi yang tidak biasa.
4. ANALISIS
Ia merujuk kepada kebolehan yang terlibat untuk mengenali andaian-andaian yang tidak dinyatakan untuk membezakan fakta daripada hipotesis.
5. SINTESIS
Ia merujuk kepada kebolehan untuk menggabungkan unsur-unsur dan kebolehan supaya untuk membentuk keseluruhan, mengorganisasi menyampaikan idea menyarankan cara-cara emngkaji sesuatu hipotesis dan membina sesuatu bukti suatu masalah.
6. PENILAIAN
Ia merujuk kepada kebolehan untuk mempertimbangkan sejauh mana sesuatu jawapan itu munasabah, mengesahkan proses penyelesaian, mengkritik bukti dan mempertimbangkan kepentingan sesuatu masalah.

EFEKTIF

Kategori objektif disusun mengikut tatatingkat yang berikut:
1. Menerima kesan atau memberi perhatian
2. Bergerak balas


PSIKOMOTOR

Obejktif dalam psikomotor mempunyai hubungan dengan aspek-aspek fizikal dalam pembelajaran

Contonya:
Dapat mengendalikan alat-alat matematik, memotong dan melipat kertas, melukis rajah geometri dan graf atau tanpa bantuan alat dan menjahit lengkungannya.



[HOME]