TAZKIRAH
Tiang Agama

Mengerjakan Sembahyang dan Rukun Islam yang lain adalah wajib kepada seseorang mukmin. Jikalah kita dapat berfikir sedikit adakah kita mengerjakan yang wajib itu dalam mengsahkan kita sebagai seorang Islam tambahan kepada sujud sehari semalam yang ditetapkan kerana ianya adalah tiang Agama. Maka berapa kalikah kita meruntuhkan Agama kita dengan tidak mendirikan tiang-tiang yang memasak kedalam iman kita seharian ini. Dan berapa banyakkah perkara-perkara yang sunat yang telah kita kerjakan. Tidak mengapa kita mengerjakan perkara sunat secara beransur tetapi tidak kepada tiang Agama kita yakni sembahyang. Jika kita pernah terlupa, kini kita perlu sedar semula, Allah maha Pengampun lagi Menyanyangi kepada hambanya yang bertaubat. Jika kita terus berfikir lagi adakah apa yang kita lakukan sekarang ini telah cukup untuk dipersembahkan kepada Allah S.W.T. cukupkah kita mengerjakan perkara-perkara kebaikan seharian berbanding dengan pekerjaan mungkar setiap hari. Berapa banyakkah maksiat yang dilakukan oleh mata kita, telinga kita, tambahan kepada mulut kita ini. Sedarkah berapa banyak yang kita kerjakan maksiat dengan mulut kita sahaja.

Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya

        Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Iman al-Ghazali begitu memberikan penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Jika dilihat kepada kitabnya yang masyhur itu, kita akan dapati Imam memulakan penbicaraan dengan perbahasan ilmu dan kelebihannya. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut Imam diperolehi melalui ilmu.

        Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Iman tidak hanya bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu beilmu. Ulama dibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orang-orang yang diberikan kitab untuk diterangkan  manusia dan tidak menyembunyikannya"

(Ali Amran - ayat 3)
 
        Walaupun Imam Al-Ghazali seorang sufi yang terkenal dan pernah mengasingkan diri daripada bergaul dengan manusia tetapi dalam membicarakan tentang tariyah dan pendidikan , beliau menolak konsep penyisihan diri (uzlah) dalam masyarakat.
 
        Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka lakukan.

        Pendapat ini disokong oleh Dr. Kassim di dalam bukunya yang bertajuk “Kajian terhadap falsafah Islam”. Beliau menyatakan pergaulan dan percampuran antara satu sama lain adalah wasilah yang berjaya dan berkesan untuk mengekangkan tekanan jiwa yang dialami oleh golongan tua mahupun kanak-kanak.

Hukum Menurut Ilmu
        Ringkasnya,  Imam al-Ghazali mewajibkan menunutut ilmu dan ianya adalah fardu ain kepada setiap individu. Pendapat ini berdalilkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas semua umat Islam.

        Ulama Islam berselisih perndapat mengenai ilmu yang menjadi fardu ain dituntut. Sebahagiannya berkata ilmu tauhid dan sebahagiannya ilmu feqah dan sebagainya. Tetapi bagi Imam al-Ghazali, beliau menyatakan yang menjadi ilmu fardu ain ialah ilmu muamalah dan mukasyafah. Yang dimaksudkan dengan ilmu muamalah ilmu yang di dalamnya mengandungi hadis Nabi yang bermaksud :

" Islam dibina atas 5 perkara penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan."
 
Adab-adab Seorang Pelajar

 Imam al-Ghazali mengemukakan 10 adab-adab yang perlu dijaga oleh seorang murid apabila belajar:

  1. Berakhlak dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.
  2. Memberi tumpuan kepada ilmu tanpa memikirkan soal kehidupan seperti mencari wang dan sebagainya.
  3. Menjaga dan iktizanm dengan adab-adab seperti rendah diri dengan ilmu dan menghormati guru.
  4. Mengingati dan menghafaz ilmu yang diperolehi .
  5. Setelah belajar ilmu-ilmu asas, pelajar perlu pantas mempelajari ilmu-ilmu lain.
  6. Memilih ilmu yang hendak di dalami dan dibidangi.
  7. Setelah mendalami ilmu yang dipilih, pelajar pelajar perlu berubah ke bidang lain yang paling hampir dengan ilmu yang dibidangi.
  8. Mendalami da membidangi dengan tekun dan serius terhadap ilmu yang menjadi pilihan.
  9. Belajar hanya kerana Allah semata-mata dan menghiasi diri dengan bekalan rohani melalui taqarrub kepada Allah.
  10. Mengimbangi antara ilmu dan urusan dunia agar mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

  11.  

[Laman Ceria] [Biodata] [Imej Grafik] [Lagu Pilihan] [Lain-lain]